top of page
Untitled.png

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALMA

Peranan PIBG

SMK Alma

Transformasi PIBG

Sarana Ibu Bapa

Mesyuarat Tahunan PIBG

BARISAN PENERAJU PIBG

PENASIHAT PIBG

BARISAN PENTADBIRAN

Mohd Hafiz bin Abdul Halim_JP.jpg

En. Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Yang Di Pertua (YDP)

En. Faidzul Nizam Bin Mat Nasib (NYDP)

AJK IBUBAPA

En. Khatiravello A/L Thangiah

Pn. Asnilah Binti Abdullah

En. Muhammad Adilifitri Bin Sulaiman

En. Mohd Noor Adira

Pn. Norwahida Binti Bidin

En Aman Bin Mohd Noor

AJK GURU

Pn. Nor Fazlina Binti  Ahmad 
(Setiausaha)

Pn.Shafiza Binti Ghazali (Bendahari)

En. Mohd Sabri b. Rashid

En. Ubendran A/L Velaisham

En. Mohamad Subri

Pn. Tan Lee Tian

Pn. Balqis Binti Safuan

Peranan da tanggungjawab pibg

PERANAN PIBG SMK ALMA

Untuk memacu Transformasi Pendidikan ke arah merealisasikan Aspirasi Murid (PIE3K) dan Aspirasi Sistem Pendidikan (KEPAK), semua pihak perlu meneliti  11 Anjakan PPPM dan   memenuhi tuntutan yang berkaitan.

 

Bagi PIBG dan ibu bapa, Anjakan Ke-9 menuntut supaya ibu bapa, PIBG, komuniti dan pihak swasta bekerjasama secara meluas dalam pembelajaran anak melalui Sarana Ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

 

Secara khusus, PIBG dan ibu bapa perlu memenuhi tuntutan Anjakan ke-9 dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut: 

 

  1. PIBG sebagai peneraju permuafakatan antara ibu bapa, sekolah, komuniti dan sektor swasta dalam menggalakkan semua pihak meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan.

  2. PIBG sebagai pemangkin dalam mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.

  3. PIBG menjadi pembimbing ibu bapa dalam penggunaan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong pembelajaran.

  4. PIBG mengendalikan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat bagi menggalakkan perkongsian pengalaman dan memberi khidmat kepada sekolah.

  5. PIBG menyediakan maklumbalas tentang penggunaan Sarana Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.

  6. PIBG memberi input kepada perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.

 

Dengan pelancaran PPPM, tugas PIBG kini bertambah berat dan lebih mencabar. Kalau dulu tanggungjawab PIBG tertumpu kepada 4 tugas sepertimana tercatat dalam Para 4 Perlembagaan PIBG, kini tugas PIBG sekurang-kurang 6 iaitu yang ke-5:Membimbing Ibu Bapa melaksana Sarana Ibu Bapa dan yang ke-6: Memberi maklumbalas tentang perlaksanaan Kurikulum Setempat dan Kualiti Guru menjelang 2016.

 

Untuk melaksana tambahan tugas yang baru PIBG perlu bermuhasabah dan memikirkan hala tuju dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi menjayakan PPPM yang menjangkau  sehingga 2025.


 

Modern Architecture

IMPAK PPPM 2013 - 2025 

Ibu bapa akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak - anak mereka. Prestasi dan keutamaan sekolah akan lebih telus, dan ibu bapa akan sentiasa dimaklumkan tentang keadaan anak mereka di sekolah dari segi pencapaian dan juga perkembangan. Ibu bapa akan berperanan seperti rakan kongsi sebenar dengan sekolah dalam membantu pembelajaran anak mereka.

Keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada “pembelajaran berasaskan sekolah” kepada “pembelajaran berasaskan sistem” dengan melibatkan ibu bapa, komuniti, sektor swasta, dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

/ PPPM 2013 -2025

(Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 

Transformasi PIBG

TRANSFORMASI PIBG:
PELAJAR MENCAPAI ASPIRASI

simone-hutsch-_wpce-AsLxk-unsplashcrop.j

Halatuju Transformasi PIBG

"Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas.  Jestru, tempoh sedekad akan datang ini   adalah sangat mencabar kerana   kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju   dan sekali gus juga menukar status   sebagai negara pemimpin, termasuklah dalam soal pendidikan.”YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, 1 Nov. 2011.

Ungkapan tersebut diatas oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menuntut semua pihak termasuk ibu bapa dan  PIBG melakukan transformasi diri dan organisasi untuk menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM dan Transformasi Pendidikan dan seterusnya mencapai Aspirasi Murid, Aspirasi Sistem Pelajaran dan juga Aspirasi atau wawasan PIBG. 


 

Aspirasi PIBG (PEKEK) 

Disamping berusaha mencapai Aspirasi Murid dan Aspirasi Sistem Pelajaran, PIBG perlu juga memikirkan apa rupa bentuk dan kualiti PIBG yang dihajati menjelang 2025. Adakah masih berstatus seperti "katak di bawah tempurung"? Tidak mengetahui apa yang berlaku kepada PIBG lain, tiada jaringan, tiada perpaduan? Adakah PIBG boleh menerima ahli yang mementingkan diri sendiri dan berfahaman kronisme? Adakah PIBG masih melakukan perancangan tahunan sedangkan PPPM menuntut perancangan strategik ( lebih setahun).  Adakah PIBG masih tunggu dan lihat sedangkan PIBG lain terus maju menggerakkan Sarana Ibu Bapa dan mengelola Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat? 

Sebagai PIBG yang bertanggungjawab, sudah tentu kita ingin menambah baik dan memajukan PIBG dan sekolah kita. Justru, PIBG memerlukan wawasan atau Aspirasi PIBG: rupa bentuk dan kualiti PIBG menjelang 2025 disamping 7 Anjakan atau strategi bagi menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM.

Sarana Ibu bapa

SARANA IBU BAPA

Did You Know (4).png

"Menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, semua pihak yang terlibat akan mempunyai peluang dan berperanan dalam membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan hasrat Negara untuk mencapai kecemerlangan sistem pembelajaran”.
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
24 Februari 2013

Ungkapan tersebut diatas oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menuntut semua pihak termasuk ibu bapa dan  PIBG melakukan transformasi diri dan organisasi untuk menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM dan Transformasi Pendidikan dan seterusnya mencapai Aspirasi Murid, Aspirasi Sistem Pelajaran dan juga Aspirasi atau wawasan PIBG. 

Disamping berusaha mencapai Aspirasi Murid dan Aspirasi Sistem Pelajaran, PIBG perlu juga memikirkan apa rupa bentuk dan kualiti PIBG yang dihajati menjelang 2025. Adakah masih berstatus seperti "katak di bawah tempurung"? Tidak mengetahui apa yang berlaku kepada PIBG lain, tiada jaringan, tiada perpaduan? Adakah PIBG boleh menerima ahli yang mementingkan diri sendiri dan berfahaman kronisme? Adakah PIBG masih melakukan perancangan tahunan sedangkan PPPM menuntut perancangan strategik ( lebih setahun).  Adakah PIBG masih tunggu dan lihat sedangkan PIBG lain terus maju menggerakkan Sarana Ibu Bapa dan mengelola Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat? 

Sebagai PIBG yang bertanggungjawab, sudah tentu kita ingin menambah baik dan memajukan PIBG dan sekolah kita. Justru, PIBG memerlukan wawasan atau Aspirasi PIBG: rupa bentuk dan kualiti PIBG menjelang 2025 disamping 7 Anjakan atau strategi bagi menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM. Aspirasi PIBG ( acronym PEKEK) adalah seperti berik.

1. Berganjak cara pemikiran kita daripada bergantung sepenuhnya Sistem Persekolahan untuk mendidik anak-anak kita semasa di sekolah kepada Sistem Pembelajaran yang menumpukan pembelajaran anak-anak bukan sahaja di sekolah bahkan juga semasa di rumah.

 

2. Ibu bapa perlu meluaskan masa belajar anak-anak semasa mereka di rumah yang meliputi 12.5 jam selain masa tidur dan semasa di sekolah. Gunakan sepenuhnya masa di rumah untuk  membuat kerja rumah, tuition dan belajar disamping beriadah.

 

3. Bagi memastikan persekitaran di rumah menyokong pembelajaran, ibu bapa perlu menumpukan   kepada 4 aspek:

    a. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah.
    b. Interaksi sosial dengan anak.
    c. Komunikasi dengan anak
    d. Sokongan terhadap kecemerlangan anak

 

Sejauh mana anda telah berupaya menyediakan persekitaran menyokong pembelajaran anak-anak anda masakini? Anda boleh mengetahui kemampuan anda dengan menjawab soal selidik di muka surat 8 hingga 10 di dalam buku Sarana Ibu bapa dan membuat analisis di muka 11 hingga 15. 

Setelah mengetahui tahap anda sama ada Cemerlang/ Sedang maju/ Asas, anda boleh menambahbaik prestasi anda dengan meningkatkan penglibatan dalam aspek berkenaan seperti tingkatkan bilangan hari berkomunikasi, berinteraksi  dan beriadah bersama.


 

Mesyuarat Tahunan PIBG

MESYUARAT TAHUNAN PIBG

Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK ALMA
 

Alamat

Pengetua,

up: Setiausaha PIBG SMK Alma

 Jalan Bukit Minyak, Kampung Telok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Telefon

04-5078687

  • Telegram

TELEGRAM 

Email

button_aduan-maklum-balas.png

Connect

  • Facebook

PIBKS SMK ALMA

  • Facebook

ALUMNI SMK ALMA

  • TikTok

pibgsmkalma

bottom of page